Quotes Myspace Comments

Ahad, 20 Februari 2011

Awak Anugerah Terindah Pernah Saya Miliki :))

awak,
hari ni awak nampak serabut
semua orang kutuk
tapi ada gak hati yang puji
jadi you can always count on me
awak,
hari ni awak senyum kat saya
tapi saya buat-buat tak nampak
padahal nak elak dari pengsan
awak,
hari ni awak datang kelas saya
tapi saya buat bodoh ajer
padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti
awak,
hari ni awak nampak comel
semua orang puji
tapi saya puji dalam hati
padahal nak gak puji sekuat hati
awak,
hari ni saya senyum kat awak
tapi awak jalan depan saya
jadi senyum pun tak guna
awak,
hari ni awak tegur saya
tapi saya buat-buat pekak
padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak
awak,
hari ni saya tegur awak
tapi saya tegur awak dalam hati
jadi awak tak pernah dengar all the good luck & take care hari-hari
awak,
hari ni kita duduk semeja
tapi rasa cam jauh giler
padahal tak sampai sedepa
awak,
hari ni awak beratur belakang saya
tapi saya tak tahu nak cakap apa
jadi saya blah macm tu jer
awak,
hari ni berubah situasi
tapi saya still kat sini
padahal dah kosong tak berisi
awak,
hari ni saya nampak awak dari McD
tapi awak tak macam dulu lagi
jadi saya terdiam sendiri
awak,
hari ni saya dah janji..nak pergi
tapi tak tahu kenapa tak boleh pergi
awak,
hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
tapi dah tak ade harapan kat sini
jadi nak taknak terpaksa sendiri
awak,
hari ni hari terakhir nampak awak
tapi awak tak toleh sini
awak fokus kat tv
awak,
hari ni saya tengok gambar kita senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang,nak simpan sedih
awak,
esok antara kita ada 'balai terlepas'
esok..tiada esok untuk saya
esok juga..tiada esok untuk awak
awak,
semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
tak nak ade ego tinggi lagi
baut sakit hati je
awak,
sebelum pergi..
hari ini,dekat sini
saya janji
semua ni untuk awak....
sebab kenal awak adalah
ANUGERAH TERINDAH PERNAH SAYA MILIKI
Terima Kasih Awak :))